Sunday, March 29, 2009

Raga Buluh


Ramai dari kita mempunyai pemikiran, terutamanya belia bahawa mencari pendapatan perlulah berhijrah ke bandar-bandar besar. Kalau duduk di luar bandar, terutamaanya di kampung atau di kawasan yang terpencil , maka, susahlah untuk mendapat kerja bergaji besar. Malah tidak mungkin sama sekali.

pakcik Hashim bangga dengan usahanya
pekerja yg tekun menganyam
anak2 orang asli yang pemalu
Tetapi Pakcik Hashim menunjukkan pada kita bahawa, di mana-mana sahaja kita boleh meraih pendapatan yang tinggi, dengan syarat, kita perlu rajin beusaha dan tidak berputus asa.Pak Hashim tinggal di Kampung Pinang, Kuala Rompin. Rumahnya terletak 30 minit dari Bandar Rompin dan 20 minit dari Bandar Muadzam. Kawasan rumah Pakcik Hashim dikelilingi oleh Kebun kelapa sawit dan hutan . Jiran-jiran beliau adalah orang asli dan beberapa orang melayu.

Pakcik Hashim mengusahakan pembuatan raga buluh sejak 13 tahun yang lalu. Bermodalkan 3 set mesin berharga RM8,000.00 dan RM3,000.00 dan tapak untuk bekerja di sebelah rumahnya, yang seluas 30x30, beliau memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang yang tidak ada orang melayu yang buat. 3 buah mesin, iaitu mesin membelah, mesin penipis dan mesin pembingkai ditempah khas hanya dari Batu Pahat sahaja.
Mula-mula beliau belajar sendiri cara-cara menganyam bakul daripada pakciknya, yang juga mempunyai bengkel membuat raga buluh, di Endau. Setelah mempunyai keyakinan dan galakan dari kawan-kawannya, beliau nekad berhenti bekerja sebagai seorang pemandu lori. Alhamdulillah, berkat usaha, keyakinan dan sentiasa ingin memperbaiki mutu anyaman raga buluhnya, raga buluhnya itu, mendapat sambutan dari pemborong sayur dan buah-buahan yang mana mereka memerlukan raga buluh yang baik mutu dan cara anyamannya. Raga buluhnya sering dipasarkan ke Batu Pahat dan Muar, Johor.

Menurut Pakcik Hashim, bekalan buluh didapati dari hutam di Bukit Ibam, dengan mempunyai pas memindahkan hasil hutan dari Jabatan Hutan Daerah Rompin. Buluh diproses dengan 3 biji mesin itu, sebelum dianyam oleh 4 orang pekerja asing.

Menurutnya lagi, terlalu sukar mendapatkan pekerja tempatan kerana mereka tidak berminat dengan jenis pekerjaan seperti ini. Melainkan bangsa asing yang sanggup bekerja apa sahaja janji mereka dapat menyara keluarga di negeri mereka.
mesin2 yang digunakan
Berkat usaha Pakcik Hashim, beliau boleh berbangga denagan pendapatan sebanyak RM15,000 sebulan sebelum ditolak gaji pekerja, belanja pengangkutan dan lain-lain. Cerita beliau juga telah beberapa kali dipaparkan di beberapa suratkhabar.
 Namun begitu, dalam masa setahun, pada musim tengkujuh iaitu dari bulan November - Februari, perusahaannya terpaksa dikurangkan kerana kesukaran mengambil bahan mentah dan juga bakul akan cepat jadi bubuk kalau kena air atau tempias. Sekiranya perlu, beliau terpaksa menyembur diesel kepada raganya agar tahan.


Nasihat Pakcik HashimUntuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlulah:

1) Jangan angkuh, tamak, tinggi diri. Perlu jujur dan merendah diri

2) Kita perlu bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan. Perlu menjadi model kepada kawan-kawan dengan berusaha besungguh-sungguh

3) Perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang apa yang kita lakukan dari mula sampai akhir proses.